Dr Athirah dari Klinik Kesihatan Tanjong Karang
Definisi: Penuaan sihat merujuk kepada kemampuan warga emas untuk kekal dalam keadaan kesihatan fizikal, mental, dan sosial yang baik.
Fokus:
Menjaga kesihatan tubuh dengan pemakanan yang betul, aktiviti fizikal, dan penjagaan perubatan.
Menangani penyakit kronik secara proaktif dan memastikan kesejahteraan mental dan emosi.
Melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh meningkatkan keseimbangan rohani dan mental.
Definisi: Penuaan aktif melibatkan penglibatan warga emas dalam aktiviti fizikal, sosial, ekonomi, dan kerohanian yang menyumbang kepada kehidupan yang bermakna.
Fokus:
Menyertai aktiviti seperti bersenam, beriadah, atau hobi yang bermanfaat.
Terlibat dalam aktiviti sosial seperti menyertai komuniti, kumpulan sokongan, atau program masyarakat.
Menyumbang kepada keluarga atau masyarakat dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada.
PROGRAM PENUAAN POSITIF
Penuaan positif yang berasaskan kerohanian adalah pendekatan yang memberi fokus kepada keseimbangan spiritual dalam kalangan warga emas, yang menjadi asas kepada kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi.
Kerohanian memainkan peranan penting dalam memastikan warga emas menghadapi proses penuaan dengan ketenangan, makna, dan kekuatan dalaman.
Program Keagamaan & Kerohanian / Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pengajian Al-Quran / Hadis/ Tafsir / Akidah / Tasawwuf dan sebagainya
Definisi: Penuaan produktif merujuk kepada keupayaan warga emas untuk terus menyumbang kepada masyarakat dari segi ekonomi, sosial, dan kebudayaan.
Fokus:
Menyumbang dalam bentuk tenaga kerja, seperti kerja sambilan atau perniagaan kecil.
Memberi sumbangan melalui aktiviti sukarela, nasihat, atau bimbingan kepada generasi muda.
Mengembangkan bakat dan kemahiran baru yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang
PROGRAM PENUAAN MENYOKONG PERSEKITARAN
PERSEKITARAN / KOMUNITI SETEMPAT/ PROGRAM KEMASYARAKATAN
Program Khidmat kaunseling Warga Emas Kemudahan.
Bantuan Aktiviti Sukarelawan Khidmat Masyarakat
Program Ziarah Kasih JIWE (Jalinan Insan Warga Emas)
"CERIA SEPANJANG USIA"
INTERVENSI WARGA EMAS @PAWE
ANJURAN BE VITAL DIJALANKAN SELAMA 6 KALI DI PAWE @ KKTK
@PAWE TANJONG KARANG
MEMBERI KESEJAHTERAAN WARGA EMAS
MALAYSIA MENUJU NEGARA TUA 2030
SOKONGAN PENGAKTIFAN PAWE TANJONG KARANG
Masjid Raja Lumu KS
Baraan RAYA @PAWE
Lawatan @Putrajaya
PAWE TANJONG KARANG TETAP DI HATI KAMI